weLkom tue belog purple gurlz..dont forget to leave ur comment okey....hik3x ;) rohaida haron: baiK FiRst....jhAt tgU satt...

Sunday, 26 February 2012

baiK FiRst....jhAt tgU satt...

hiii...salam semua......
memandangkan semalam shaya and someone 2 ada selisih pham yang agak kritikal tentang perkara baik dan buruk niyy...then shaya pn terfikir laa nk post info hadis niey kat smua....mudah-mudahan lepaz niey xda lg yang berselisih paham hanya di sebabkan benda nieee.....disamping itu shaya harap dhea pn ley bca.....:)


Hadis berkaitan 2 malaikat Raqib & Atid:

Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan,  dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan,  lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang di sebelah kanan tunggu dahulu; lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam;  kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
(Tabarani dan Ibn Marduwiah)

Dalam Hadis ini diterangkan beberapa perkara mengenai kedua Malaikat itu:

(1) Satu berada di sebelah kanan dan yang satu lagi di sebelah kiri setiap orang manusia.

(2) Yang di sebelah kanan ialah yang menulis amal kebaikan dan menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri, yang menulis amal jahat.

(3) Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan tiap-tiap satu kejahatan ditulis satu kejahatan sahaja.

(4) Amal jahat tidak ditulis melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam - dengan arahan dari Malaikat sebelah kanan.

(5) Sekiranya orang yang melakukan kejahatan itu beristighfar memohon ampun dari Allah Taala dalam tempoh yang tersebut, maka kejahatan itu tidak ditulis.


*motif posting nieey bkan nk belagak baek or apa2*
juz nk share apa yg shaya dpat....n bak kata ustaz di skolah dlu,hadis niey jgak nk gtaw ALLAH 2 sygkan umatnya.......bg sspa yg ada pendapat yg laen bley laa post pendapat anda kat ruang comment....free jea xrugiii..:)


No comments:

Post a Comment

thankz.....leave ur comment here... :)