Setiap kali tiba hari jumaat pasti perasaan ini bermain2 dalam hati sy.
***Untungnya jadi org lelaki. Ada perhimpunan besar2an sesama mereka setiap minggu****
Jadi persoalannya, kenapa perempuan xdiwajibkan solat jumaat dan terlepas kelebihan2 yg Allah janjikan utk mereka yg taat menunaikan solat jumaat?Berat sebelahkah?Allah berfirman dalam surah Al-Jumuah ayat 9 yg bermaksud:-
"Wahai org2 yg beriman,apabila telah diseru utk melaksanakan solat pd hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual beli.Yg demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
Haa..ayat kat atas ini xde pun cakap 'wahai org2 lelaki'..Allah cuma kata 'wahai org2 yg beriman'.Jadi lelaki dan perempuan boleh je pergi solat jumaat.Cuba kita tengok Sabda Nabi s.a.w kat bawah ni pulak:-
الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة:عبد مملوك أو إمراءة أو صبي أو مريض
"Solat Jumaat adalah hak yg wajib bagi setiap Muslim secara berjemaah melainkan 4 golongan iaitu hamba yg dimiliki, perempuan, kanak2 atau orang sakit"
Ini membuktikan yg kewajipan solat jumaat hanyalah kepada Lelaki Muslim. Perempuan tidak diwajibkan.Perempuan dibenarkan solat jumaat di masjid, tetapi:-
لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات
"Janganlah kamu tegah wanita2 di bawah tanggunganmu ke masjid, tapi hendaklah mereka keluar dgn tidak memakai wangi2an"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi terjawab sudah persoalan bg entry kali ini.Kalau diikutkan logik akal, sekiranya Allah mewajibkan semua solat jumaat, mungkin akan mengundang perkara yg tidak baik. Iyelah, siapa nak jaga anak2 di rumah sekiranya semua org diwajibkan solat jumaat?Lagi 1, pencuri (orang kafir dan orang2 yg ponteng solat jumaat) akan mudah pecah masuk rumah sbb 'confirm2' rumah tu kosong kerana semua pergi menunaikan solat jumaat. Bila difikir2kan, byk lagi alasan logik yg lain. Jadi, setiap yg Allah putuskan itu ada hikmahnya.Kepada perempuan2 di luar sana moga entry ini memberi kefahaman kpd anda.Janganlah mengeluh kerana tidak diwajibkan solat jumaat.Banyak lagi ruang2 lain yg boleh kite cari utk mengumpul pahala.Jangan sempitkan fikiran kita pd kelebihan solat jumaat shj.(",)
No comments:
Post a Comment
thankz.....leave ur comment here... :)