| Written by Jeya Amantha a/p David |
| Monday, 23 April 2012 15:23 |
SESI DISEMBER 2011 ( 19 DISEMBER 2011 HINGGA 18 MEI 2012 )
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah menamatkan latihan industri Sesi Disember 2011. Sehubungan dengan itu,anda dikehendaki melaporkan diri semula di PTSB pada :-
Tarikh : 12 Julai 2012 ( Khamis )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Mu’adzam Shah, PTSB.
Semasa menghadiri Taklimat Tamat Latihan Industri, anda dikehendaki mengemukakan dokumen berikut :
i. Surat Perakuan Tamat Latihan Industri ( ditandatangan dan dicop oleh organisasi )
ii. Appendix 1 : Practical Task Form ( ditandatangan dan dicop oleh organisasi )
iii. Appendix 2 : Reflective Journal form ( ditandatangan dan dicop oleh organisasi )
iv. Laporan Akhir Latihan Industri ( LALI ) yang SIAP dicetak dan dijilid dengan menggunakan ring
binding ( bewarna hitam ) – berkulit tebal ( min 120g), berwarna Biru Muda dan berplastik
( depan dan belakang ).
v. Softcopy (CD) yang mengandungi Laporan Akhir Latihan Industri (LALI) dalam bentuk PDF
dan slide pembentangan (power point).
Format Penulisan dan Contoh Laporan Akhir Latihan Industri (LALI) telah dimuatkan di dalam CIDOS UPLI dan di portal PTSB. Pelajar yang gagal mengemukakan dokumen di atas tidak layak untuk disahkan tamat latihan industri dan dibuat penilaian.
Proses pembentangan latihan industri akan dijalankan di jabatan masing – masing. Para pelajar dikehendaki menghantar Laporan Akhir Latihan Industri dan Softcopy (CD) kepada penilai yang ditetapkan pada 12 Julai 2012 selepas Taklimat Tamat Latihan Industri. Jadual Agihan Pembentangan Latihan Industri akan ditampal di papan kenyataan jabatan masing-masing.
Bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, sila maklumkan secara lisan atau bertulis ke Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) dengan segera.
Semua pelajar PTSB perlu mematuhi peraturan disiplin pada hari menghadiri Taklimat Tamat Latihan Industri dan Penilaian Temuduga Latihan Industri tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) serta pindaan-pindaannya.
terima kasih: sumber wan hafizuddin
|
Saturday, 5 May 2012
PENDAFTARAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI DAN PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI DISEMBER 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
thankz.....leave ur comment here... :)