weLkom tue belog purple gurlz..dont forget to leave ur comment okey....hik3x ;) rohaida haron: DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER) (DTK)

Sunday, 29 July 2012

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER) (DTK)

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji peranti elektrik dan elektronik bagi membaikpulih perkakasan komputer. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan industri di sepanjang tempoh kursus. Kurikulum kursus ini mengandungi modul Sistem Digital, Pengukuran dan pengalatan Elektronik, Sistem Pemprosesan Mikro, Akitektur Komputer & Penyenggaraan Komputer serta Kejuruteraan Perisian dan Keselamatan Industri. Kursus ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang Elektronik (Komputer) seperti Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komputer & Aplikasi, Pengaturcaraan, Komunikasi Data, Rekabentuk Litar Bersepadu Diagnosis & Senggaraan Sistem Komputer dan Projek. Kursus ini juga menawarkan modul-modul elektif sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik dan perkhidmatan ICT. Lulusan ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

No comments:

Post a Comment

thankz.....leave ur comment here... :)